MAAF CAKAP (MOTIVASI Bab 1 :
Perihal 3 jenis usia)
Seperti
biasa setiap malam aku mesti tak boleh tidur, terpandang sebuah buku yang telah
lama aku miliki… Buku ini aku beli pada tahun 2013 ketika buku ini baru sahaja
dipasarkan dan dijual ketika ekspo buku Karangkraf di Shah Alam. Sebelum ini
pernah aku habiskan bacaan buku ini tapi dah lupa isinya…Mungkin aku patot baca
satu persatu balik apa yang ditulis oleh pengarang buku ini iaitu Saudara Norden
Mohamad.
Catatan
pertama beliau dibawah tajuk MOTIVASI, “Perihal 3 jenis usia”. Pada mulanya
beliau menceritakan pengalaman bertemu seorang sahabat lama yang bekerjaya
telah berumur 55 tahun pada ketika itu, sahabat beliau menyatakan tentang fokus
hidupnya kini untuk lebih banyak beribadat dan bersedekah untuk menghabiskan
sisa-sisa hidupnya kini yang tinggal sedikit. Bercadang unutk menjual beberapa aset
yang dimiliki, telah memikirkan untuk menggantikan anaknya untuk menguruskan
perniagaan dan telah bertemu dangan peguam untuk membincangkan tentang
pengagihan harta faraid kepada warisnya…
Apa
yang cuba disampaikan oleh penulis buku tersebut bukan kisah sahabat beliau,
tetapi perihal 3 jenis usia yang yang setiap manusia akan hadapi dan dimana
usia kita pada ketika ini?
1)
Usia Biologi
2)
Usia Psikologi
3)
Usia Spiritual
USIA BIOLOGI…
usia ini adalah umur sebenar kita dan apa yang kita rasa pada usia kita
sekarang… Mungkin bagi mereka yang masih muda atau dewasa( bawah 50 tahun ),
mereka merasakan umur masih panjang, ajal belum lagi tiba untuk menjemput… Umur
yang dirasai pada ketika ini dihabiskan untuk mengejar cita-cita, berseronok,
berhibur dan belum sampai masa untuk bertaubat. Apabila umur telah meningkat
tua, barulah terasa untuk menghabiskan masa dengan beribadat, bersedekah, dan
bertaubat.
Bagi aku,
masih beruntung orang yang diberikan umur yang panjang untuk sedar kesilapan
diri dan sempat bertaubat, tapi bagaimana dengan mereka yang meninggalkan alam
dunia ini sebelum usia tua? Meninggal tanpa sempat bertaubat? Pergi dalam
keadaan penuh dengan dosa? Masa muda yang banyak dihabiskan untuk mengejar
dunia semata-mata??? Aku harap aku sentiasa beringat akan nikmat usia dan
peluang yang Allah masih berikan kepada aku ini…
Moga Allah
sentiasa melindungi aku dari perkara-perkara yang boleh melalaikan aku kepada kematian
dan akhirat. Jika dipikirkan tentang amal jariah yang pernah aku lakukan
sepanjang hidup ini, sangatlah sedikit apalagi ibadat-ibadat, andai esok ajal
menjemput apakah bekalan yang akan aku bawa mengadap Yang Maha Esa…
USIA PSIKOLOGI…
Apa yang cuba disampaikan oleh penulis, iaitu KEMATANGAN kita… Dimankah level
kematangan kita??? Sukar untuk kita jumpa kanak-kanak yang berfikiran seperti
orang dewasa, tetapi begitu banyak sekali yang kita lihat orang-orang dewasa
yang berfikiran seperti kanak-kanak… Didunia serba moden kini, secara jelas
kita melihat orang-orang dewasa yang suka bergaduh di media sosial… Tidak kira
golongan agamawan, artis-artis, ahli-ahli politik, golongan berpelajaran dan
lain-lain lagi. Berperangai seperti kebudak-budakan, bergaduh, bertengkar dan
menipu orang lain.
USIA SPIRITUAL…
Usia ini sangat penting bagi kita sebagai umat islam. Beruntung bagi mereka
yang dipanjangkan usia oleh Allah dan diberikan kesedaran tentang usia
spiritualnya serta berusaha meningkatkan usia spiritualnya kearah yang lebih
baik. Tetapi bagaimana dengan mereka yang usia biologinya telah jauh meningkat
tetapi tidak pernah sedar tentang usia spiritualnya yang masih di takuk seperti
budak sekolah rendah lagi. Moga-moga kita sentiasa berusaha meningkatkan usia
spiritual kita kearah yang lebih baik setiap hari.
Sebagai
kesimpulan, penulis menegaskan didalam tajuk ini. Dikala USIA BIOLOGI kita
sedang meningkat dengan sendirinya, hendaklah kita sentiasa berusaha memastikan
USIA PSIKOLOGI dan USIA SPIRITUAL juga semakin meningkat dan berkembang serta
seiring dengan usia biologi kita.
Sebagai
muhasabah kepada diri aku sendiri, moga-moga Allah sentiasa membimbing aku
untuk terus memperbaiki diri kearah yang lebih baik dari masa ke semasa. Biarpun
hanya sebesar zarah peningkatan diri yang aku buat satu hari aku sangat
bersyukur, ia satu permulaan yang baik.
Norden Mohamed |
MBH
Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia
04:05
02 Jun 2019
28 RAMADHAN 1440H