Selasa, 21 Disember 2010

AYUH!!!!


Hari ini, dakwah dapat disebarkan dengan pelbagai cara terutamanya menerusi media sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Namun, sehebat manakah penyebaran dakwah dilaksanakan? Jika dilihat, siaran TV kebanyakannya menyiarkan rancangan berbentuk keagamaan hanya pada hari Jumaat. Adakah pada hari lain dakwah tidak perlu disebarkan? Kekurangan ini mungkin juga penyebab kepada pelbagai gejala sosial semakin berleluasa.




Maksud firman Allah: Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (AlKahfi:28)

Berdasarkan firman Allah diatas, suka sy mengingatkan diri sendiri serta sahabat2 yg akn mneroka blog ini, sebarlah dakwah tanpa mengira masa dan tempat . Dan bersamalah berdoa agar kita terus dilindungi dari bala’ dan amarah Allah. Jangan biarkan harta dan nafsu membaluti diri. Penyebaran dakwah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.




0 comments:

Catat Ulasan