Jumaat, 31 Disember 2010

Ghibah @ Mengumpat

Assalamualaikum.......

أَتَدْرُوْنَ مَا الْغِيْبَةُ ؟ قَالُوْا الله ورسولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ : ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيْلَ : أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِيْ أَخِيْ مَا أَقُوْلُ ، قَالَ : إِنْ كَانَ فِيْهِ مَا تَقُوْلُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيْهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

“Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Bagaimana pendapat kamu jika apa yang aku katakan ada pada orang itu? Baginda menjawab: Engkau telah menghibah dia tetapi bila tidak ada padanya maka engkau telah berdusta kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain. Rasulullah ada menerangkan makna ghibah. Sabda Baginda :


أَنْ تَذْكُرَ الرَّجُلُ بِمَا فِيْهِ مِنْ خَلْفِهِ

“Ghibah adalah engkau menyebut-nyebut seseorang tentang apa yang ada padanya dari belakangnya (tanpa diketahuinya)” . (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)
أَلْغِيْبَةٌ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بَمَا يَكْرَهُ

“Ghibah ialah engkau menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang dia tidak disukainya”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)


Secara dasarnya, mengumpat adalah dilarang sebagaimanamaksud firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayt 12

 


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan) , kerana sebahagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” 

Namun, terdapat 6 keadaan mengumpat2 yg diharuskan.



  1. Apabila seseorang itu dizalimi. Orang yang dizalimi dibolehkan mengadu kezaliman yang menimpa dirinya kepada pihak tertentu.
  2. Memita pertolongan mengubah kemungkaran. Contohnya, jika ada orang mengamalkan ajaran sesat dalam kawasan kita, kita boleh menghubungi pihak berkuasa untuk mencegahnya.
  3. Apabila meminta fatwa, kita dibolehkan menyebut keaiban dan kelemahan orang lain.
  4. Menyedarkan masyarakat tentang sesuatu kemungkaran.  misalnya, jika kita tahu si fulan ialah seorang yang memang jahat, kita perlu memberitahu orang lain supaa mereka terhindar daripada bahaya keahatanya.
  5. Boleh mengumpat apabila berlaku kemaksiatan atau kemungkaran secara terang-terangan. Syariat mengizinkan pendedahan dilakukan kepada masyarakat bagi mencegahnya. 
  6. Harus menyebutkan akan aib orang yang tiada diketahui akan dia, melainkan dengan disebutkan akan aibnya itu seperti Si Fulan yang Buta. Atau, si fulan yang tempang.

1 comments:

tamu berkata...

jauhi mengumpat.mmg bes tp bleh byngkan lg bes 'neraka" tu

Catat Ulasan