Jumaat, 31 Disember 2010

ISLAM, IMAN DAN IHSAN...







 
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. 




Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:





Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 




Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.




Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

 Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).


Kepentingan Hadith
Ibnu Daqiq al-'Iid berkata: "Hadith ini adalah hadith yang merangkumi semua amalan zahir dan batin. Ilmu-ilmu syariat semuanya merujuk dan lahir daripada hadith ini. Ia seperti ibu kepada sunnah kerana ia mengandungi himpunan ilmu-ilmu sunnah, sepertimana al-Fatihah dinamakan Ummul Quran kerana ia mengandungi himpunan pengertian al-Quran.
Pengajaran Hadis
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Kedudukan hadis ini - ibu kepada hadis-hadis lain. mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.
2) Islam - terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
3) Iman - asal iman/ iman dan islam/ qaul - amal juga sebahagian dari iman. hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar………..
4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di langit
- semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.


Apa Itu Islam?
Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah Taala. Dari segi syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas (Rukun Islam) iaitu:
01. (penyaksian) bahawa tiada tuhan melainkan Allah Taala dan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan Allah Taala (Rasulullah S.A.W.).

 
 
02. Mendirikan solat fardhu lima kali sehari di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna.

 

03. Mengeluarkan zakat setelah cukup kadar dan waktunya.
04. Berpuasa di bulan Ramadhan.
05. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi
sesiapa yang berkemampuan.
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa Itu Iman?

Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Dari segi syarak pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman) kepada:

01. Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.
02. Malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala.
03. Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.
04. Rasul yang telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.
05. Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.
06. Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan. 

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisaa: Ayat 136).

Bagaimanakah Iman Yang Sempurna?

Keimanan yang sempurna mestilah membenarkan (meyakini) dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan perbuatan. Inilah ciri-ciri serta syarat-syarat untuk mendapat kesempurnaan iman itu. Namun kesempurnaan iman tidaklah hanya terletak pada Rukun Iman sahaja bahkan ia lebih luas untuk diperbincangkan di sini. Antara contohnya:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada al-Hadis S.A.W. di atas menerangkan kepada kita bahawa iman tidak bertunjang di dalam diri sendiri semata-mata serta tidak teguh di dalam hati dan tidak sempurna di dalam dada seseorang Islam kecuali apabila dia menjadi manusia yang baik, jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dengan itu dia akan mengasihi dan membantu orang lain dengan apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti selamat daripada kejahatan dan seksaan, seronok dengan kesenangan hidup, berjaya mendapat keredhaan Allah Taala serta mendekatkan diri kepadaNya. Seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Muaz R.A. telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang iman yang paling afdhal (baik) maka baginda S.A.W. menjawab:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Engkau mengasihi untuk manusia sesuatu yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau membenci untuk mereka sesuatu yang engkau benci untuk dirimu sendiri.
(Riwayat Ahmad).

 Apakah Matlamat Ibadat? 
 
Ibadat yang dikehendaki di dalam Islam bukanlah gambaran dan bentuknya yang boleh dilihat dengan pandangan semata-mata akan tetapi yang dikehendaki oleh Islam dengan ibadat ialah tujuan serta makna dan pelaksanaan sesuatu ibadat itu. Oleh itu, tiada manfaat solat yang tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar sebagaimana tiada faedah juga puasa yang pelakunya tidak dapat meninggalkan kebatilan. Walaubagaimanapun tidaklah beerti kita boleh meninggalkan ibadat jika tidak mencapai hasilnya akan tetapi yang dikehendaki di sini ialah sentiasa berusaha membawa diri supaya ikhlas dan cuba mencapai segala tujuannya. Kesimpulannya: Kita memahami bahawa Islam itu adalah terdiri daripada aqidah dan amalan. Maka tiada manfaat serta faedah tanpa iman sebagaimana tidak wujud iman tanpa amalan.


Apakah Persamaan Dan Perbezaan Di Antara Islam Dan Iman?

Dari perbincangan di atas maka dapatlah kita ketahui bahawa Islam dan Iman adalah dua hakikat yang berbeza dari sudut bahasa dan syarak. Oleh itu, apabila disebut salah satu daripadanya itu maka ia juga memberi makna kepada yang satu lagi. Iman tidak dikira tanpa Islam sepertimana Islam juga tidak dikira tanpa iman kerana kedua-duanya saling memerlukan. Jadi mestilah beriman dengan hati serta beramal dengan anggota tubuh badan. Namun jika ia disebut kedua-duanya sekaligus dalam satu ayat yang sama maka masing-masing mempunyai makna yang berbeza untuk diperjelaskan.

Hadis ini mengajarkan kita tentang adab dan etika dalam menuntut ilmu:
  • Kita perlu bersih dan memakai pakaian yang bersih serta kemas.
  • Kita seharusnya duduk dengan cermat dan dekat dengan penyampai atau guru yang mengajar. Dalam hadis ini, guru itu adalah Rasulullah.
  • Bertanyakan soalan untuk kefahaman yang jelas.
  • Cari ilmu pengetahuan itu daripada sumber yang sahih dan benar serta muktabar.

Mencari ilmu pengetahuan melalui kaedah bertanya:
  • Soalan yang kita ajukan mestilah benar-benar penting dan bernas (meaningful) – soalan yang dapat memandu kita pada menghargai ilmu dan mendorong pada mengerjakan amal yang baik lagi soleh.
  • Bertanyakan soalan yang baik dan bernas itu akan membuahkan hasil yang baik dalam pembelajaran. Sesiapa yang mengajukan soalan sebegini dapat membantu kepada kefahaman yang lebih jelas dan memahami intipati ilmu atau pembelajaran tadi.
  • Salah seorang cerdik pandai dikalangan para sahabat Rasulullah iaitu Ibn Abbas, ditanyakan soalan bagaimana beliau memperolehi ilmunya, dia membalas: “dengan lidah yang minat untuk belajar (dia selalu bertanya soalan) dan hati yang cuba memahami”.
  • Dalam banyak hadis yang disampaikan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, baginda memulakan dengan bertanyakan soalan sebelum baginda menyampaikan ilmu pengetahuan. Proses bertanyakan soalan ini akan mempersiapkan minda dan hati, maka dengan itu keduanya akan bersedia untuk jawaban dan pengetahuan – bersedia untuk memahami dan belajar. Di dalam hadis ini, Jibril dipanggil sebagai “si pemberi soalan” yang mana telah menggunakan sepenuhnya potensi daripada kaedah bertanya khusus untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi mereka yang mendengar akan perbualan hadis tersebut. (Di konteks kita, mereka ynag membaca hadis ini).
  • Dalam Al Quran sendiri terdapat lebih 1,200 soalan – untuk pelbagai tujuan – untuk menggugah minda si pembaca Al Quran dan menggalakkan minda itu turut sama berfikir tentang apa yang dibacakan.

Salahtanggapan terhadap Qadar
Ramai Muslim percaya apa yang mereka lakukan adalah disebabkan oleh apa yang telah dicatatkan di Lauhulmahfudz – mereka keliru. Sebenarnya, apa yang akan kita lakukan tidak ditentukan Allah. Allah dengan Pengetahuan yang Luas memang sedia tahu apa yang akan kita lakukan. Allah semudahnya dapat meletakkan seseorang yang melakukan kebaikan itu ke dalam syurga dan mencampakkan pelaku buruk ke dalam neraka. Namun Allah juga Maha Adil (Just) maka Dia menciptakan kita semua bagi kehidupan ini untuk menguji kita, jalan manakah yang akan kita pilih. Allah sememangnya telah tahu apa yang akan bakal berlaku kepada kita, namun Dia akan membantu sesiapa yang memilih jalan kebaikan. Segala pilihan dan pekerjaan yang kita kerjakan adalah di atas kehendak dan budibicara kita sendiri dan kita bertanggungjawab penuh atas tindakan tersebut. Allah tidak menentukan halatuju kehidupan kita, sebaliknya kitalah yang menentukan sendiri.

Hadis menerangkan kita mesti melakukan usaha. The right concept of qadar is: kita bertanggungjawab di atas apa sahaja yang kita lakukan.

Sebagai contoh: Jika kita sedang memandu dengan lekanya hingga menyebabkan satu kemalangan di mana seorang telah mati atau cedera, kita tidak boleh semudahnya mengatakan itu adalah Qadar yang Allah telah tetapkan, ini bermakna kita seperti ‘melupakan’ kesalahan sendiri. Qadar hanya mengambil pertanggungjawaban terhadap perkara itu berlaku di tempat itu, tetapi tanggungjawab memandu dengan baik dan selamat adalah melalui kemahuan dan kehendak manusia, yang mana leka dan lalai hingga berlaku kemalangan. Itulah sebab antaranya di mahkamah tidak semudah menyatakan Qadar Allah, kita lepas dari pertuduhan sesuatu kesalahan, malah suatu hasil perbuatan itu sebenarnya datang dari niat si pembuat, dan si pelaku didapati bersalah jika sabit. Sekiranya Qadar boleh digunakan sebagai alasan dan ‘pelepasan’, akhirnya nanti akan lebih banyak jenayah dan mereka-mereka yang sememangnya bersalah terlepas dari dihukum – si pencuri nanti akan berteriak pencuriannya adalah hasil Qadar!

Jika terma Islam itu digunakan sendirinya ia bermaksud keseluruhan iaitu – Islam, Iman dan Ihsan. Samalah, bilamana Iman itu digunakan sendirian ia juga bermaksud Iman, Islam dan Ihsan. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, memberitahu di akhir hadis bahawa deen (cara hidup atau agama) mengandungi ketiga perkara ini.

Jika Iman lemah, ianya akan mempengaruhi Islam kita (iaitu perbuatan dan tindakan). Menurut al-Imam Abu Hanifa: Sekalipun Iman dan Islam berbeza, Iman memerlukan tindakan (iaitu praktikal Islam).

Al-Ihsan (peringkat Iman tertinggi bila mematuhi Allah, samada kita melihat Allah atau tidak, maka kita mesti sentiasa sedar Allah sentiasa melihat kita) adalah mengenai takut kepada Allah juga mengagungkan (cintakan) Allah. Unik, Taqwa itu berkumpul dua rasa hati yang dilihat manusia sungguh kontra iaitu takut dan cinta. Ini akan mengarahkan kita untuk berusaha dengan sungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah – kita akan lebih ikhlas dalam ibadah. Maka, Al-Ihsan juga adalah aksi atau perbuatan terbaik hati. Perlakuan yang akan mendorong kepada Ihsan: untuk mencintai Allah sebenar-benarnya, untuk merasa paling takut pada Allah dan hanya padaNya, untuk memohon pertolongan daripada Allah, untuk sentiasa berharap kepada Allah bahawa Allah akan membantu dan membimbing kita, untuk mempercayai Allah dengan sepenuh keyakinan.

Apabila Jibril alaihi as-Salam, bertanyakan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, berkenaan Hari Akhirat (the Day of Judgement), baginda, sallallahu ‘alayhi wasallam, membalas bahawa beliau dan Jibril keduanya tidak mengetahui. Ini adalah contoh yang diberikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, walaupun seseorang yang memiliki pengetahuan luas seperti baginda masih lagi tidak tahu semua perkara bahkan sanggup mengaku untuk berkata tidak tahu.
Al-Imam Malik pernah ditanyakan empat puluh (40) soalan oleh seseorang dan kebanyakannya dijawab dengan “Aku tidak tahu – Allah lebih mengetahui”. Lelaki yang bertanya tadi hairan Imam Malik yang dianggap hebat tidak tahu jawaban kepada kebanyakan soalannya. Melihatkan lelaki itu hairan, Imam Malik memberitahu bahawa apabila ada orang juga pernah bertanya seperti ini, berjumpa Imam Malik dari kota yang jauh, tetapi Imam Malik tidak tahu tentang jawaban kepada soalan yang diajukan. Al-Imam Malik tidak mahu memberi jawaban kepada soalan yang dia sendiri tidak tahu, maka dia hanya memberitahu tidak tahu. Maka, jika kita ini apabila menjadi rujukan orang atau ditanyakan soalan atau menjadi tenaga pengajar atau ulama cendekiawan, kita seharusnya mempunyai kekuatan untuk menyatakan kita ini tidak tahu bilamana memang benar tidak tahu. Jangan pula membuat andaian, sebabnya untuk mengelakkan maklumat dan ikutan yang salah.
 








2 comments:

afuan shah berkata...

gud try!!nice sharing bad!!
continue n improve ur writing:)

tamu berkata...

iman dan islam x dpt dpisahkan.seorng yng beriman tentunye islam tp orng islam x semestinye sempurna imannye.renung2 kanlah

Catat Ulasan