Sabtu, 22 Januari 2011

Amir (Pemerintah)

Assalamualaikum.....

Smlm sy ada beli Solusi Isu 27. Setiap bulan majalah islamik ini terus memaparkan bahan-bahan bacaan yang terbaik menjadi tatapan setiap pembaca. Namun saya tertarik pada 1 artikel yang bertajuk 'Pesan Taqwa untuk Pemerintah'. Isinya terkandung bahawa terdapat 4 jenis pemerintah. Mungkin ada yg dah tau. Jenis-jenis amir:

Rabu, 19 Januari 2011

Amanah Kunci Keamanan


Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”

Khamis, 6 Januari 2011

Menjadikan Harta Jambatan Ibadah


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap
umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
 
Riwayat at-Tirmidzi 

Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.

Rabu, 5 Januari 2011

Syukur


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”
 
(Bukhari)  

Selasa, 4 Januari 2011

Link!

Assalamualaikum....

Hari ni sy nk kongsi dgn korg link2 yg best....

  1. dh boring dgr lagu kt Youtube???..korg tekan link ni...msti tenang hati & mendamaikan http://www.tvquran.com/en/
  2. kandungan dlm makanan kita makan haram or halal yeeee? check di sini  http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php
  3. yahoo toolbar dh ad, google pnye pn dh ad...kn best klu islamic toolbar pn ad...jgn xtau,skrg pn dh ad islamic toolbar..download di http://freeislamictoolbar.blogspot.com/ 

Jihad

Dikisahkan Mu'awiyah:

Aku mendengar Rasul Allah (saw) berkata: Jihad tidak akan berakhir sampai berakhir pertaubatan, dan pertaubatan tidak akan berakhir sampai matahari terbit dari barat.

(Riwayat Daud)

Jihad berasal dari kata jahada-yujahidu-mujahadatan-jihadan, yang populer dengan jihad mempunyai makna mengerahkan segenap kemampuan di jalan Allah Swt dalam rangka meninggikan kalimat-Nya, membela agama-Nya, memerangi musuh-musuh-Nya, dan juga dalam rangka mencegah kezaliman, pelanggaran, dan kejahatan.

Isnin, 3 Januari 2011

" ADA ORANG LEBIH DERITA DARI KU "


Ali(bukan nama sebenar) merasa amat dukacita dan rungsing, kerana isterinya yang dikasihi telah jatuh sakit, dan dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan kecil. Selepas menemui isterinya petang tadi, dia menaiki bas pulang ke rumahnya yang tidak berapa jauh dari situ.
Sebelum sampai ke rumahnya, bas itu melalui kawasan bandar untuk mengambil penumpang. Petang itu cuaca di awal bulan, dia melihat orang begitu ramai dalam bandar, dengan wajah yang ceria, membeli belah dan berehat-rehat dengan keluarga. Sebuah pasar raya penuh sesak dengan pengunjung yang berebut-rebut hendak masuk membeli-belah, ramai yang membibit barang di tangan. Suasananya penuh dengan riang dan gembira, jauh berbeza dengan suasana di rumah sakit tadi, penuh dengan suasana murung, sedih dan dukacita yang mengusik hati, malah ada orang yang meratap dan menangis. Dia teringatkan isterinya yang sakit, terlantar di wad, menunggu untuk dibedah keesokan harinya, hatinya bertambah parah, keharuan menyebak di dadanya.
Ali merasa jiwanya tertekan, hampa dan kecewa, dia baru kahwin, dan isteri tercintanya sudah terlantar di hospital. Fikirannya berserabut bunut. Tiba-tiba dia terkejut dengan pertanyaan seorang penumpang yang duduk di sebelahnya. Dia tidak perasan di sebelahnya ada penumpang. Orang itu bertanya kemana dia hendak pergi? Setelah memberitahu halatujunya, maka bermulalah perbualan antara Ali dan penumpang itu. Ali mencurahkan segala dukacita dan kerungsingan yang melanda  lubuk hatinya dan didengar oleh lelaki tersebut dengan penuh simpati. Hinggakan Ali merasa dia tidak pernah menemui dengan seseorang yang begitu bersimpati dengan nasibnya.
Setelah agak jauh bas itu berjalan, barulah Ali menyedari lelaki di sebelahnya itu membawa sebatang tongkat yang membuktikan bahawa dia seorang yang tempang. Ali pun bertanya mengenainya. Secara ringkas lelaki itu menceritakan kisah hidupnya. Katanya, dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang tidak sempurna. Dia lumpuh dari pinggang hingga ke bawah sejak dilahirkan ke dunia. Kerana itu, ketika berusia setahun dia terpaksa masuk keluar rumah sakit. Katanya masa yang paling singkat dia berada di rumah sakit ialah setahun, dan masa yang paling lama ialah 5 tahun untuk menerima rawatan.
Penumpang itu juga menceritakan bahawa dia pernah menemui seorang pesakit yang lebih teruk darinya. Pesakit itu terpaksa meniarap di atas katil wad selama 5 tahun untuk menerima rawatan.
Walau bagaimanpun kata penumpang itu,dia tidak pernah menyesal, atau kecewa. Dia masih boleh hidup, dan kini berusia hampir 40 tahun. Dia bersyukur kerana masih boleh membantu ibunya yang telah tua dan uzur.
Bila lelaki itu turun, Ali berfikir panjang. Nasib Ali tidaklah lebih malang dari nasib orang tadi. Isteri Ali pun hanya terpaksa dirawat di rumah sakit selama seminggu kata doktor, tapi dia sudah merasa begitu rungsing dan dukacita, sedangkan lelaki itu terpaksa menanggung derita sepanjang hayat, Ali mulai sedar, bahawa dunia ini masih belum berakhir untuknya. Kisah penumpang bas yang cacat itu memberi tamparan hebat kepadanya.
Ali teringat beberapa ungkapan yang amat bernilai untuk menjadi renungan kepadanya :
 
“Saya menangis kerana jari saya tidak bercincin, sehinggalah saya menemui orang yang tidak berjari”,
dan
“Saya menangis kerana tidak berkasut, sehinggalah saya bertemu dengan orang yang kudung tidak berkaki”


Dengan itu segala duka nestapa dan kerungsingan yang berlengkar dalam mindanya mulai sinar seperti kabus pagi disinari matahari.
Menyerlahkan sinar harapan yang gemilang.
“Ada orang lebih derita dari aku”. Fikirnya.
Ali merasa masa depan masih ada untuknya. Besok masih ada untuknya. Dia bersyukur kepada Allah SWT


Dipetik dari buku :
"Gangguan Syaitan Penyebab Kerungsingan Hidup & Penyelesaian Mengikut Islam"
Hj. Mohamed Zain Saleh