Jumaat, 25 Mac 2011

11 KEADAAN MEMASUKI NERAKA

ASSALAMUALAIKUM.....


Hari ini sy ingin berkongsi sedikit ilmu yg sy rasa kita semua perlu muhasabah diri sendiri adakah kita termasuk dalam 11 keadaan ini.
NAUZUBILLAH…..mintak2 kita tidak tergolong dalam kalangan ahli neraka….Betulkanlah diri dan berilah peringatan kepada orang lain sebelum terlambat…

Rabu, 2 Mac 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Selasa, 1 Mac 2011

IDENTITI....

Muqaddimah
MULANYA memang bukan niat saya menceritakannya kepada sesiapa. Namun tugas saya hanya bercerita. Tegasnya, kisah ini benar. Kalaupun ia tidak menjentik sensitiviti anda. (1)
Ris tidak tahu saya mengintai tiap gerak-gerinya sejak zaman persekolahan kami. Dia (perlukah saya perincikan?) baik. Cantik. Manis. Lembut. Menawan. Segalanya! Sejak kali pertama saya melihatnya di tingkatan dua, memang hati sudah terpikat. Sukar untuk saya melupakan mata jelinya yang tertutup cantik apabila tertawa itu. Dan sudah pasti yang terlalu menarik perhatian saya adalah kesolehahannya. Kena pada ciri-ciri idaman hati ini. Kelembutannya bila bertutur; merendahkan pandangan pada tempat yang sepatutnya; begitu menghormati @ menghargai guru dan puluhan kriteria lagi. Paling mustahak, Ris (sebagai pelajar SMKA) begitu ayu pada kaca mata saya dengan tudung labuh yang menjadi identiti dan penjagaan aurat yang total.