Ahad, 24 Februari 2013

Permulaan baru dalam hidup ku….




Hidup umpama roda…. Kadang2 kita berada di atas , kadang2 kte berada di bawah…
Begitulah pahit getir kehidupan seorang manusia…tidak ada sesiapa yg sempurna melainkan Nabi kita, Nabi MUHAMMAD SAW…
Setiap kejayaan yg ingin di kecapi sudah pasti ada jalan nya tersendiri… tidak ada kejayaan datang bergolek,tanpa usaha  yang gigih dan ujian dari Yang Maha Esa……
Setiap kali kita melihat orang lain ditimpa masalah, bala, kesusahan atau ape2 lagi bentuk ujian dari ALLAH SWT, maka dengan mudah kita akan cakap “sabar la kawan”, “rilek la bro”, “alah,benda kecik je 2” dan macam2 lg…tapi adakah kita betul2 memahami apa yg di rasai oleh orang tersebut…
Aku ingin menceritakan sedikit pengalaman hidup ku…mungkin ia tidak seberapa,tp sekadar bercerita…
Kini…ak belajar di sebuah kolej swasta yg bernama German Malaysian Institute (GMI)… Baru msuk sem 2 thun satu di kolej baru ku ini… pengalaman lama mengajar aku bahawa kehidupan ini tidak semudah yang disangkakan… Banyak perkara yang buruk dalam diri perlu aku perbaiki supaya menjadi insan yang lebih baik dr sebelum nya….
Sem 1 di GMI…


Hari pendaftaran – 9 Julai 2012
Aku datang dua hari lebih awal(7hb) dari tarikh pendaftaran,ke bangi seorang diri dengan bas dan tinggal d rumah makcik d Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Pada hari pendaftaran,aku dihantar oleh pakcik dan makcik k GMI pada pagi tersebut. Agak terpegun dari jauh melihat bangunan2 GMI yang sangat-sangat indah nak di bandingkan kedudukan nya agak di ceruk hutan…hahaha…Sebelum sampai k GMI, perlu melalui satu jalan kecil yang bagi aku, sudah pasti keadaan di dalam nya teruk…tp x disangka2,apa yg sbenar nya jauh berbeza dari sangkaan ku…ia ibarat sebuah pekan yang yang cantik di dalam hutan…hahaha…. GMI = German Malaysian Institute….