Ahad, 24 Februari 2013

Permulaan baru dalam hidup ku….




Hidup umpama roda…. Kadang2 kita berada di atas , kadang2 kte berada di bawah…
Begitulah pahit getir kehidupan seorang manusia…tidak ada sesiapa yg sempurna melainkan Nabi kita, Nabi MUHAMMAD SAW…
Setiap kejayaan yg ingin di kecapi sudah pasti ada jalan nya tersendiri… tidak ada kejayaan datang bergolek,tanpa usaha  yang gigih dan ujian dari Yang Maha Esa……
Setiap kali kita melihat orang lain ditimpa masalah, bala, kesusahan atau ape2 lagi bentuk ujian dari ALLAH SWT, maka dengan mudah kita akan cakap “sabar la kawan”, “rilek la bro”, “alah,benda kecik je 2” dan macam2 lg…tapi adakah kita betul2 memahami apa yg di rasai oleh orang tersebut…
Aku ingin menceritakan sedikit pengalaman hidup ku…mungkin ia tidak seberapa,tp sekadar bercerita…
Kini…ak belajar di sebuah kolej swasta yg bernama German Malaysian Institute (GMI)… Baru msuk sem 2 thun satu di kolej baru ku ini… pengalaman lama mengajar aku bahawa kehidupan ini tidak semudah yang disangkakan… Banyak perkara yang buruk dalam diri perlu aku perbaiki supaya menjadi insan yang lebih baik dr sebelum nya….
Sem 1 di GMI…


Hari pendaftaran – 9 Julai 2012
Aku datang dua hari lebih awal(7hb) dari tarikh pendaftaran,ke bangi seorang diri dengan bas dan tinggal d rumah makcik d Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Pada hari pendaftaran,aku dihantar oleh pakcik dan makcik k GMI pada pagi tersebut. Agak terpegun dari jauh melihat bangunan2 GMI yang sangat-sangat indah nak di bandingkan kedudukan nya agak di ceruk hutan…hahaha…Sebelum sampai k GMI, perlu melalui satu jalan kecil yang bagi aku, sudah pasti keadaan di dalam nya teruk…tp x disangka2,apa yg sbenar nya jauh berbeza dari sangkaan ku…ia ibarat sebuah pekan yang yang cantik di dalam hutan…hahaha…. GMI = German Malaysian Institute….






Aku tiba d GMI dgn hati yg berdebar2,byk persoalan bermain2 d fikiranku..sedih dan kecewa masih terasa apabila mengenangkan kegagalan ku d tempat lama…

apa yang bakal berlaku selepas ini??


bagaimana dengan pelajaran aku d tempat baru ini??


Adakah aku masih berpeluang untuk Berjaya??


Atau d tempt baru ini hanya sekadar cukup syarat untuk ak memperolehi sijil diploma,kemudian bekerja dan jalani hidup2 seperti biasa….


Walau apepun,aku berdoa kpd Allah SWT,Tuhan yg Maha Mengetahui,agar d berikan kemudahan untuk aku d dunia dan d akhirat.


Apabila aku sampai,masih belum ramai lg pelajar yg datang untuk mendaftar,tp sudah ada pelajar yg beratur d hdapan dewan untuk sesi pendaftaran yg masih belum bermula… Aku hadir dengan berpakaian kemas,kemeja lengan pendek berbelang2 dgn warna biru lembut dan putih,bertali leher biru gelap,berseluar slek dan berkasut hitam…

Aku beratur bersama2 dgn pelajar lain untuk sesi pendaftaran tersebut…sesi July 2012…spanjang perjalanan d dalam dewan itu,apa yg bermain2 d fikiran ku…Bilakah aku akan grade??? Adakah peristiwa lama akan berulang lg,harap2 tidak!!

Selesai sesi pendaftaran,aku keluar dari dewan,terus meluru k arah pakcik ku yg berada di bwah khemah yg d sedia kn d hdapan dewan.Makcik ku entah k mana,mungkin merayau2 d dlm GMI melihat keadaan sekeliling sambil mengambil gambar,itulah hobi makcik ku,apabila datang k tempat baru,msti sibuk nk amik gambar..hahaha.. Setalah menalifon makcik,mengatakan aku sudah selesai pendaftaran dan  kami bergerak k kereta untuk k asrama yg hanya berada d hdapan kolej GMI itu sahaja,walaupun Nampak mcm dekat,kalau jalan kaki dgn bawak beg yg berat ni..boleh naik semput aku nanti..


Selesai pendaftaran asrama,aku d berikan kunci bilik yg tertera A2-9-1,bermaksud blok A2, tingkat 9 dan rumah no 1…hahaha…tinggi betul bilik ak ni,pakcik dan makcik ak turut membantu memunggah brg2 ak yg berdozen2 ni k bilik ak,kalu harap aku sorang nak angkat,mau dkat 3 kali naik turun lift agak nye…satu rumah ada 6 bilik,tp Cuma di muat kan 5 org pelajar shaja,satu lg bilik di biarkan kosong untuk kegunaan kami sbg tempat solat,dapur,tempat melepak2 dan sbg nye la…


Sampai d rumah no.1,sudah ada 3 org pelajar d rumah tersebut,tinggal lg dua tempat kosong dan ak memilih sebuah bilik yg jauh dari pintu masuk.3 orang pelajar tersebut masih bersama dengan keluarga masing2 d bilik,sambil ahli keluarga mereka menolong mengemaskan bilik tersebut. 

 Aku??aku buat semua 2 sendiri,setelah pakcik dan makcik ku meletakkan barang d tempat aku,mereka pun pulang. Sambil aku mengemas bilik berseorangan,salah sorang emak dari roommate ku tegur… “Bagus nye,pandai berdikari…buat sendiri je semua”…hahaha…dalam hati nak tergelak pun ada…memang buat sendiri la,da umur aku 21 tahun…diorg smua baru 18 tahun…
 
Kenal kan…. Roommate aku…

1st- Hami…ni orang pertama yg aku kenal d GMI…waktu ak tgh kemas2 brg kt bilik,smua roommate ak yg len keluar dgn famiy masing2,so dy datang kt ak,tnya da makan k belum,ak ckap la belum,dan dy ajak ak mkan sama2 kt café…mse 2 ak memg lapar sangat2 sbb x mkan lg dr pg td…kami pn sama2 trun bawah g café dan makan..mse 2 la kami borak2 n kenalkan diri masing2.. Hami ni tinggal di damansara,umur 19,muda 2 tahun dr aku…dia ni lepasan matrikulasi,dy risau x dapat tawaran UPU utk sambung degree,so dy apply la GMI,tp xlama lpas 2 result UPU kuar,dan dy dapat tawaran kos Engineering di UTM..tp…dy xpergi,mungkin da seronok duk kat GMI ni…haha…orang nye sangat kelakar dan suka merepek2…dy la yg salu uat ak tergelak2 kt dalam bilik nie,perwatakan nye yg slamber buat kn ak snang berkawan dgn dy…


2nd – Irfan….Fizikalnye tinggi dan kurus…umur 18…sebelum msuk GMI,dy da msuk KUIS…bru je beberapa bulan kt KUIS,dy dpat tawaran GMI,terus dy kuar dr KUIS n daftar kn diri k GMI…kata nya dy minat Engineering,sbb 2 dy msuk cni..Irfan ni pn seorang yg kelakar,suka buat lawak…kalu irfan dan hami ni lepak skali,memang gelak golek2 aku d buat nye…hahaha…


3rd – Ismail….kami smua panggil dy “mail” je…fizikal nye agak rendah,bole d katakan palingrendah antara kami berlima,berkulit sawo matang macam ak ni..umur 18 tahun,agak manja skit..xsuka pengotor…hahaha…dy la yang salu kemas kan bilik,sapu lantai dan salu kemas kn bilik hami dan irfan yg sangat bersepah…hobi dy dengar lagu English…satu sem ak kenal dy ni,dy memang budak pandai, result pn gempak2 je…maklumlah dari MRSM..d GMI ni,dy di tempat kn di kelas khas,DPC (diploma cemerlang),khas utk mereka2 yg terpilih je…sbb result SPM gempak sgt…hahaha…


4th – Ali…Ali….,Ali…..,Ali….ak xtaw nk cte cm ne dia sorang nie,fizikal nya sederhana lebey kurang cam aku,umur sebaya dengan Irfan n Mail,18 tahun,dia ni sekelas dengan Mail…nak cakap pasal perangai Ali nie,xtaw la…dalam bilik kami,dia paling pendiam. “Just follow the rule”…hahaha…satu sem aku bilik dgn Ali,dia banyak habiskn masa dalam bilik je,ape yang dia buat?? Main game online kt laptop dan tidur,macam dalam hidup dia 2 ada katil dan laptop jea…hahaha…Setiap kali aku nampak dia kat bilik mesti tengah main game kt meja study 2,law xnampk kat meja,mesti tengah tegolek atas katil tidur sebab penat main game kot…hahaha…tapi yang pasti kelas akademik memang tak pernah ponteng la…walaupun banyak main game,result sem1 dia jauh lagi gempak dr aku..huhuhu… Bagi aku dia nie xpandai nak bersosial,selalu nya ak yang mula kan perbualan dgn dia. Bukan aku je, Hami, Irfan dan Mail pn salu kacau dia kt bilik..hahaha…biasalah hidup sebilik kena la saling bermesra-mesra…


Rasa nya cukup kot aku cerita untuk episod kali nie,dari mula ak daftar kn diri dan jugak roommate ak yang buat aku happy tinggal d GMI nie…Alhamdulillah Allah masih kurnia kan kawan2 yang baik untuk aku,walaupun suasana d tempat baru jauh berbeza d tempat lama,ak tetp bersyukur dengan kehendak yang Maha Esa. Walaupun aku dapat kawan2 baru yang memang berbeza dengan kawan2 d tempat lama,aku tetp senang hati d sini…sekurang-kurangnya,rindu d tempat lama tak la terasa sangat..


Mengapa Allah menghantar aku k sini??

Sudah pasti ada hikmah nya…Allah Maha Mengetahui akan segala isi di langit dan di bumi.. Segala2 nya telah tertulis,Aku hanya melalui perjalanan hidup ini dengan hati tebuka… Aku berdoa moga Allah kurniakan ketenangan dan kesabaran dalam hati ini..


BUMI MANA TAK DI TIMPA HUJAN,

LAUTAN MANA TAK BERGELORA.

BEGITU JUGA KEHIDUPAN MANUSIA, TIDAK PERNAH SUNYI DENGAN DUGAAN.

UMPAMA PELANGI YANG PUNYAI PELBAGAI WARNA, BEGITULAH UJIAN BAGI SETIAP HAMBA.



ADA YANG DI UJI DENGAN KETAATAN, KESAKITAN ATAUPUN MUSIBAH.

ADA JUGA PERANGKAP YANG MENUNGGU KITA MENJADI MANGSA…



ALLAH MAHA BENAR DAN JANJI-NYA BENAR!!

DIA TIDAK MENGUJI KITA KECUALI SESUAI DENGAN KESANGGUPAN DIRI.

SIAPA LAGI PELINDUNG DAN PENYELAMAT KITA SELAIN ALLAH YANG MAHA BERKUASA?

 MAKA,ANDAI DIRI DIUJI,USAH CEPAT MENGALAH … MOHONLAH KEPADA-NYA. MOGA RAHMAT DAN HIDAYAH-NYA SENTIASA MEMAYUNGI KEBERKATAN PERJALANAN HIDUP KITA…




Mula menulis = 1 Feb 2013

Tamat menulis =21 Feb 2013 (2:04 AM)

Tamat edit =23 Feb 2013 (9:09 PM)

4 comments:

nabilah omar berkata...

assalamualaikum, awak ambil course apa? sy pelajar yang akn mndaftar dkat gmi dalam course dip in engineering technology(SMT). awak, susah x subjek calculus? sorry bnyak tnye. :)

m.silent killer berkata...

ali 2 mcam prangai aku la pulak...huhuhuhu

aeman wolf berkata...

ali tu mcm aku .. by the way aku ada daftar permohonan gmi kat online dia kata successfull .. dia ckp surat akan smpai rumah .. ragu2 jugak aku dpt ke tk =.='

shafiq boy'z berkata...

Aq nk mohon sini lah nnti..tpi nk thu jugak dia tawarkan cos ape jee? Stu lgi btoike GMI byk melahirkan engineer yg berpotensi?

Catat Ulasan