Rabu, 6 Mac 2013

novel MURTAD....


MURTAD

Sebuah novel karangan Hasrul Rizwan….keluaran Buku FIXI. Sedikit penganalan mengenai FIXI, Buku FIXI ialah sebuah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban  dan masakini. Nama syarikat ini diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari perkataan Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ …. Untuk menunjukkan tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Apa-apa info berkenaan dengan syarikat ini boleh rujuk di http://fixi.com.my


Hobi aku bukannya membaca,tapi kadang kala aku suka menggunakan masa terluang aku dengan membaca tapi selalu nya aku tido….kadang-kadang aku baca majalah,komik,surat khabar(jarang-jarang la..), buku motivasi dan paling kerap antara yang lain-lain iaitu novel.


Buku yang bertajuk MURTAD ini bukan nya novel pertama yang aku baca,tapi setelah membaca buku ini,terdetik di hati ingin berkongsi tentang buku-buku yang pernah aku baca. Mungkin bermula dengan novel ini,ikut kerajinan aku la..hahaha… kalau ada masa lapang aku akan post kan ke blog aku. Jadi, tak la blog aku ni kosong je dan bersawang tanpa apa-apa tulisan dari aku…hehehe…


Novel ini berkisarkan tentang dua orang adik beradik kembar yang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga kerja…kerja yang di minta tak dapat,tapi sesuatu telah berlaku ke atas mereka berdua. Mereka telah bertemu dengan seorang lelaki misteri yang mengubah hidup meraka berdua. Tanpa mereka mengenali siapa lelaki tua tersebut,mereka telah di beri satu kerja atau pun tugas yang sangat berat…iaitu menjadi PEMBUNUH UPAHAN…bukan sebarangan orang yang mereka akan bunuh…tetapi mereka-mereka yang di luar sana yang telah MURTAD dan tidak ingin bertaubat, tak nak kembali kepada agama Islam…. Bagaimana kisah hidup mereka selepas itu,dan bagaimana mereka mengendalikan tugas-tugas mereka dengan professional di ceritakan di dalam novel ini…kalu nak tau, kena baca sendiri la….


Selama mana mereka akan terus membunuh?? Sampai bila?? Apa yang menyebabkan mereka berhenti dari membunuh?? Nak tau,kena beli dan baca sendiri novel ni…hehehe…bagi aku buku nie sangat menarik,tak boring dan penuh dengan aksi…

Kat mana nak dapat kan buku-buku FIXI nie??? Bole tengok kat laman web syarikat FIXI, tak semua kedai jual buku keluaran FIXI ni…lagipun aku beli buku ni di sebuah gerai buku di Uptown MINES SERDANG…sapa-sapa yang duk area KL n Selangor mesti taw tempat ni…
Sekian sahaja untuk kali ini…

Doakan hamba Allah yang lemah dan hina bernama Badrul Hisyam ini di berikan kekuatan dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran dan apa jua bidang yang di ceburi.

Assalamualaikum….

0 comments:

Catat Ulasan