Ahad, 2 Jun 2019


MAAF CAKAP (MOTIVASI Bab 1 : Perihal 3 jenis usia)

               Seperti biasa setiap malam aku mesti tak boleh tidur, terpandang sebuah buku yang telah lama aku miliki… Buku ini aku beli pada tahun 2013 ketika buku ini baru sahaja dipasarkan dan dijual ketika ekspo buku Karangkraf di Shah Alam. Sebelum ini pernah aku habiskan bacaan buku ini tapi dah lupa isinya…Mungkin aku patot baca satu persatu balik apa yang ditulis oleh pengarang buku ini iaitu Saudara Norden Mohamad.
               Catatan pertama beliau dibawah tajuk MOTIVASI, “Perihal 3 jenis usia”. Pada mulanya beliau menceritakan pengalaman bertemu seorang sahabat lama yang bekerjaya telah berumur 55 tahun pada ketika itu, sahabat beliau menyatakan tentang fokus hidupnya kini untuk lebih banyak beribadat dan bersedekah untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya kini yang tinggal sedikit. Bercadang unutk menjual beberapa aset yang dimiliki, telah memikirkan untuk menggantikan anaknya untuk menguruskan perniagaan dan telah bertemu dangan peguam untuk membincangkan tentang pengagihan harta faraid kepada warisnya…

               Apa yang cuba disampaikan oleh penulis buku tersebut bukan kisah sahabat beliau, tetapi perihal 3 jenis usia yang yang setiap manusia akan hadapi dan dimana usia kita pada ketika ini?

1)     Usia Biologi
2)     Usia Psikologi
3)     Usia Spiritual

USIA BIOLOGI… usia ini adalah umur sebenar kita dan apa yang kita rasa pada usia kita sekarang… Mungkin bagi mereka yang masih muda atau dewasa( bawah 50 tahun ), mereka merasakan umur masih panjang, ajal belum lagi tiba untuk menjemput… Umur yang dirasai pada ketika ini dihabiskan untuk mengejar cita-cita, berseronok, berhibur dan belum sampai masa untuk bertaubat. Apabila umur telah meningkat tua, barulah terasa untuk menghabiskan masa dengan beribadat, bersedekah, dan bertaubat.
Bagi aku, masih beruntung orang yang diberikan umur yang panjang untuk sedar kesilapan diri dan sempat bertaubat, tapi bagaimana dengan mereka yang meninggalkan alam dunia ini sebelum usia tua? Meninggal tanpa sempat bertaubat? Pergi dalam keadaan penuh dengan dosa? Masa muda yang banyak dihabiskan untuk mengejar dunia semata-mata??? Aku harap aku sentiasa beringat akan nikmat usia dan peluang yang Allah masih berikan kepada aku ini…

Moga Allah sentiasa melindungi aku dari perkara-perkara yang boleh melalaikan aku kepada kematian dan akhirat. Jika dipikirkan tentang amal jariah yang pernah aku lakukan sepanjang hidup ini, sangatlah sedikit apalagi ibadat-ibadat, andai esok ajal menjemput apakah bekalan yang akan aku bawa mengadap Yang Maha Esa…

USIA PSIKOLOGI… Apa yang cuba disampaikan oleh penulis, iaitu KEMATANGAN kita… Dimankah level kematangan kita??? Sukar untuk kita jumpa kanak-kanak yang berfikiran seperti orang dewasa, tetapi begitu banyak sekali yang kita lihat orang-orang dewasa yang berfikiran seperti kanak-kanak… Didunia serba moden kini, secara jelas kita melihat orang-orang dewasa yang suka bergaduh di media sosial… Tidak kira golongan agamawan, artis-artis, ahli-ahli politik, golongan berpelajaran dan lain-lain lagi. Berperangai seperti kebudak-budakan, bergaduh, bertengkar dan menipu orang lain.

USIA SPIRITUAL… Usia ini sangat penting bagi kita sebagai umat islam. Beruntung bagi mereka yang dipanjangkan usia oleh Allah dan diberikan kesedaran tentang usia spiritualnya serta berusaha meningkatkan usia spiritualnya kearah yang lebih baik. Tetapi bagaimana dengan mereka yang usia biologinya telah jauh meningkat tetapi tidak pernah sedar tentang usia spiritualnya yang masih di takuk seperti budak sekolah rendah lagi. Moga-moga kita sentiasa berusaha meningkatkan usia spiritual kita kearah yang lebih baik setiap hari.
 

Sebagai kesimpulan, penulis menegaskan didalam tajuk ini. Dikala USIA BIOLOGI kita sedang meningkat dengan sendirinya, hendaklah kita sentiasa berusaha memastikan USIA PSIKOLOGI dan USIA SPIRITUAL juga semakin meningkat dan berkembang serta seiring dengan usia biologi kita.
Sebagai muhasabah kepada diri aku sendiri, moga-moga Allah sentiasa membimbing aku untuk terus memperbaiki diri kearah yang lebih baik dari masa ke semasa. Biarpun hanya sebesar zarah peningkatan diri yang aku buat satu hari aku sangat bersyukur, ia satu permulaan yang baik.

Norden Mohamed


MBH
Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia
04:05
02 Jun 2019
28 RAMADHAN 1440H

1 ulasan:

  1. Harrah's Ak-Chin Casino Resort - Majestic Music
    Harrah's Ak-Chin Casino Resort features world-class entertainment, world-class 안동 출장마사지 dining, a 용인 출장마사지 vibrant nightlife 공주 출장샵 experience 김해 출장마사지 and a world-class 의왕 출장안마 spa.

    BalasPadam

MAAF CAKAP (MOTIVASI Bab 1 : Perihal 3 jenis usia)                Seperti biasa setiap malam aku mesti tak boleh tidur, terpandang se...